Bila design blog. .

aku give up la pasal design2 blog ni. . .bila tengok blog orang cantik dengki pun ada. .kalau nak ikut tutorial edit tamplate kat google tu memang la banayak. .tapi hampir semua boleh dikatakan semua mesti masuk ‘edit html’
royboroy

bab2 html ne memang aku paling pening senang lagi belajar add math aku rasa. . .tambah lagi dengan internet yang macam siput lagi la. . .dah penat tunggu loading lama2 tiba2 This webpage not available . ..

boroyroy
this webpage is not available

jadi aku fikir jalan lain untuk edit tamplate blog otak kering aku ni dengan software yang aku jupa kat google dari sapa aku pun lupa nama software tu artisteer. . .

artisteer
screenshot artisteer

boleh design secara offline. . .hasil yang aku dapat dari software ni memang memuaskan hati. . .tapi yang aku tak puas hati bila dah upload tamplate tu tak sesuai dengan kelebaran entri aku terutama gambar2 dalam entri aku. .nak edit kena buat semula dari awal. . .

boroyroy
nak x nak je gambar tu masuk dalam kotak entri aku

jadi aku pun dah malas design2 aku guna je tamplate lama. . . pun masih juga buat masalah taktau la masalah line ke memang blog ni yang salah nak salah kan aku yang salah memang tak patutlah. . .sebab aku dah buat sepenuh hati berdasarkan kemampuan dan pengetahuan yang aku ada.

boroy

masa edit kat blogger tu sempurna je aku tengok tamplate blog aku. . .
tapi bila dah save review balik lain pula yang keluar . . .saja nak permainkan perasaan aku. . .

boroy23

gambar member2 kat google + macam nak xnak je masuk dalam kotak yang aku buat xkan nak buat dua kotak untuk google. . .lantakla . .yang penting bahagian entri tu ada tempat aku conteng2.. . .. tunggu line kuat baru edit balik. . .aku dah pening dah nie . . . .
ada x cara edit blog paling senang tanpa edit HTML???
penting sangat ke tamplate blog???
 

Susah nak cakap. .

gua rasa macam tak sedap badan la malam ni . . selalu bila dah time macam ni rokok la yang ja pengubat . tapi kali ni rokok dah lali dah rasa. . nak tido pun asyik ingat 'dia' . . aku dah tak boleh tahan dah dengan keadaan yang macam ni.  .arrrrggghhh.

kenapa lah aku boleh terjumpa 'dia' tengah pagi buta macam ni. . sedap gila bila dapat main boleh gulung2 sampai puas. . . hati gua cukup dah tak tenang sampai terlepas kat jari jemari gua untuk taip entri nie. . 

gua cuba bertahan. . .. . .

*
*
*
*
*
*
*
*
taip entri pun dah tak tentu. . .gua naok gila bila ingat balik. . semangat gua betul2 bersemangat gila tahap dewa. . dewa pun tak mampu menandingi semangat gua . .aduh. . .
kenapalah 'dia' wujud di dunia ni. . . aku. . . 

gua

saya

dah tak tahan. . .dengar lagu 'dia' ni . .



hahaha. . rasa macam nak praktis sekarang juga lagu ni  . . kalau dapat main lagu ni boleh gulung2 lead dia tu sampai puas. . .
hebat. . .
 namun apakan daya. . .

ini ja yang aku ada. . .


hmmmmmmm. . . . . . . . . .  ..  . . . . . .
gua dah tulis entri pun lintang pukang nak main gitar yang macam ribut entah pa jadi. .
harap2 masuk dalam mimpi bangun2 terus pandai main biarpun gitar akustik. . .


p/s: gua cuba untuk tido dulu. . .
 

alaaa. . .kite pun pandai lukis. .

setelah beberapa minit menceburi dalam seni lukisan. .
*******
****
aku sediakan beberapa alat
DSC_0161
ini je yang ada
seperti orang lain aku juga ada. . .

photoscape
ini photoscape
 
dan hasilnya diluarjangkaan ku. . .
seperti lukisan 3D !!!!!!

****
********

lukisan kuda
lukisan kuda

lukisan ayam
lukisan ayam


lukisan kucing
lukisan kucing 

lukisan anak beruang panjat pokok
lukisan beruang panjat pokok

orang lidi
lukisan orang lidi


lepas nie aku cuba untuk tekad. . .
untuk tidak melukis lagi. . . .


jangan buang sampah merata2
lukisan abstrak
lepas tu aku ada jumpa yang nie. . .best juga xpandai lukis pun boleh pandai. .
terubat luka d hati . .
 

ni semua line punya pasal la!!

Penantian gua dah tinggal dua bulan lagi. .yeah!..tapi borang yang gua apply belum lagi ada jawapannya. . Lama stay kat kampung menganggur macam dh nak pecah kepala gua macam2 terfikir..
Benda yang paling gua rasa bikin kepala gua nak pecah line internet kat kampung. .gua guna smartphone untuk bb gua tapi line kat kampung ni time gua tido malam baru dia datang. .nak membuta sampai pagi nanti siang jadi kelawar pula tido dalam gua.. Bila dah lambat bangun mula la mak nak berceramah. .
royboroy
aku yang lukis

Dah hari-hari dengar ceramah dari mak terhafal pula ayat2 mak. .kalau hari isnin mak bagi ceramah bila bangun pagi hari selasa, terasa macam hari isnin je bila dengar ceramah mak. . sama je. .begitu lah hari seterusnya. .

Tapi aku tak kisah pasal tu. .aku faham juga. .lagi pun bangun lewat sampai tengahari orang cakap rezeki susah nak masuk. .Mungkin nanti bila aku dah ada anak nanti aku pun buat benda yang sama macam mak aku buat tiap2 pagi. .

Ni semua line celcom punya pasal la ni. . Susah nak dapat. .dah macam teknik tradisional dah gua cuba nak dapatkan line yang stabil tapi hasil yang gua dapat sama je. . 2 pun tips gua ambik dari google. .
Ada yang guna kuali la, guna gelas la. .periuk la buat macam pemancar astro la konon. .yang paling pelik aku jumpa ada yang guna sudu. . Wah. .antena sudu. .kah kah kah. . Tapi yang 2 aku tak pernah cuba. .memang tak masuk akal. .
kuali
ada begini punya hal ar??

 
sudu
ni yang pelik

Yang paling berkesan untuk dapatkan line memang ada tapi kos dia? Hmmm. .lebih kurang je harga smartphone aku. .xperia sola. .
3g repeater
mahal woo!!!

Kalau la celcom pacakkan sebatang tower dorang kat depan rumah. . . . . . . .fuh. . . . . Konfom mak dah berhenti bagi ceramah. .sebab aku dah bangun pagi maklum la tak perlu membuta lagi kena puji je setiap hari hidung pun kembang2 senang gak nak hirup udara segar. .kepala yang nak pecah pun becantum balik. .
Boleh la tengok porn movie free tak payah susah2 nak pinjam dengan kazen. .. .
 

Buat entri dengan teknik pelik

Tengah baring2 cari idea nak update blog, tiba2 terjumpa artikel berkaitan tentang cara menulis blog. .agak menarik juga teknik ni. . .teknik ni dinamakan “jurus 3 sudut”. . .boleh tahan juga nama teknik ni. .
Teknik ni simple dan sangat sesuai bagi blogger tegar yang cepat kehabisan idea macam saya. .
Teknik ‘jurus 3 sudut ni macam ni. .
  • Pertama
Fikirkan apa2 benda yang anda nampak di sekeliling anda.
  • Kedua
Buat 3 perenggan berdasarkan 3 sudut pandangan yang berbeza. Maknanya 1 perenggan, 1 sudut pandangan.
 
clip_image001
  • ketiga
Huraikan dengan kreativiti sendiri . .
siap 1 entri. .







 

Bila kehabisan idea


Berbekalkan segelas coffee mix
DSC_0159[1]
Dan juga beberapa batang rokok Era,
DSC_0160[1]
Terasa macam nak update blog.
fikir_2[1] 42-18982429   no idea[1]
Duduk tak senang fikir pa nak tulis. Rokok dah habis sebatang, coffee mix tadi pun tnggal setengah hujan pun dah berhenti ayam-ayam mula jerit2 minta makan malam sebelum masuk kandang.
Ahh!!! Layan dota lah . .






 

Salah buat blog

Okey entri pertama. . betul la cakap orang kalau tulis entri untuk kali pertama memang macam budak tadika yang baru register masuk tadika blur kepala hotak. .pa nak taip pun tak tau. .

Ingat lagi masa mula2 semangat nak buat blog bukan main lagi. .konon2 buat blog pasal review teknologi. . ne pun sebab terbaca niche pasal teknologi ne mahal untuk adsense. .tapi baru satu entri cerita pasal smartphone xperia sola, dah give up. .baru sebiji gadjet. .belum masuk Samsung, HTC, nokia bla . .bla . .

Belum apa2 lagi dah macam tentera balik dari perang. . lepas tu tukar cerita blog pasal adsense. . lagilah ‘hangkang’ baru buat pengenalan pasal adsense dah rasa macam buat assignment. . ( masa tu belum kenal nuffnang lagi) untuk kali keduanya rasa macam balik dari perang. (macam la pernah rasa)

Semangat berblog tu memang la ada tapi idea tu yang kurang sikit . . dalam masa lebih kurang 4-5 bulan kalau tak silap test bagunkan blog untuk 2 topik diaatas ( secara bergilir) tapi yang banyak masa terluang tu lebih kepada design blog la. . jadi kiranya tak sia2 la masa tu biar blog tak jadi. .sekurang2nya tau juga camna nak buat menu bar,buat header, masukkan pic, video dalam entri. .( punya noob. . haha) dan lain2 lagi dengan bantuan blogger2 yang banyak buat tutorial pasal blog. .

Bila difikirkan semula memang cepat penat kalau buat benda yang bukan minat kita. .hasil searching dari google, jumpa la blogger2 yang kreatif dalam buat entri dorang. .bila baca entri dorang ni, slumber je entri dorang. .menulis dengan rasa ghairah. .kalau dibandingkan dengan entri yang nih, memang macam karangan budak tadika dengan budak stpm la kn. . tapi takpa. .ni dalam proses melatih diri untuk buat entri sendiri dan lebih baik dari copy paste kn. .

Di situ la bermulanya kegatalan tangan untuk buat entri ni biarpun tak seberapa tapi okelah tak macam budak tadika. .tu la masa sekolah dulu malas buat karangan BM. .sekarang barulah tau cara berblog yang sebenar. .buat tentang yang kita minat je. .kan senang. .

Entahlah berfikir pula nak post ke tak entri ni. . .hahahahaha