Jam rosak

jam menunjukkan jam 2.30am. aku dah tak dapat tido jadi aku terfikir 1 idea yang agak bernas selain baring2 fikir yang bukan2 aktiviti tersebut ialah download lagu metallica ful album. jadi aku pun download.

sementara nak tunggu download tu habis aku buka akaun google plus aku aku terlena kejap nampak gambar berformat gif kat wall google plus aku. . .haha napa aku terlena tak tau la bosan agaknya menunggu download tu.



wheeeeeee!!!

tengah menghayal download aku pun dah habis aku mainkan lagu tu dalam kegelapan aku cari earphone aku. dah susah payah aku cari earphone aku, main geram aku dengan earphone dah terbelit2 malas nak buka aku guna je earphone dalam keadaan macam tu asalkan dapat dengar lagu metallica yang aku download tadi.

sambil2 tu aku download pula album metallica yang lain. dalam 3 album yang aku dah download aku tengok jam masih jam 2.30am awal lagi. .dah tak tau nak buat apa aku buka blog nak bagi senaman sikit kat jari gerak2. nak tengok dog tu main gelongsor2 pun dah takde mood. .

masa nak tulis entri ni semangat aku meluap2 dengar lagu metallica ni campur perut yang lapar lagi tengok jam macam tak gerak2 je dari tadi. .bila aku capai hp android aku baru aku perasan dah jam 5.02am. .cinabeng punya jam dah rosak rupanya. .

patutlah sentiasa awal je bila tengok jam. . dah nak siang ayam pun dah menjerit2 aku belum lagi mengantuk nampak gayanya terpaksa membuta di siang hari lah apa lagi. .


 

bila nak gemuk??

c kurus
sekadar gambar hiasan

ada satu ketika dahulu masa berstatus budak sekolah lagi ada member bawa kereta. .kereta besa ja wira. . biasanya wira boleh muat sampai 5 orang kalau nak lebih terpaksa seorang member tu terpaksa dikorbankan . .lain bunyi haha. . bukan apa berkorban untuk duduk bertindih dalam kereta biasanya yang berbadan besar lah yang selalu kena jeling2. .yang duduk kat atas pula biasanya yang ringan berbadan kecik la. .ni yang aku malas sebab aku pula yang kena jeling antara kami aku je yang macam budak2 punya size. . .size body okeh  . .

tapi tu aku tak kisah sangat sebab dah biasa dah biarpun terpaksa terima layanan macam budak2. . .dah puas dorang ketawakan aku kami pun bergerak ke pekan kononnya nak beli makanan yela time tu musim peperiksaan lepas habis peper sebelah pagi kami tak balik rumah nak study group la konon dengan member2. .

waktu tu tengah hari banyak la student2 yang tunggu bas kat pintu gerbang sekolah dan juga tempat kami akan lalu. .memang banyak awek. . tapi aku berharap sangat driver aku tu bawa laju skit bila lalu kat kawasan tu. . .jatuh la standard lau duduk bertindih dalam keta. . .masa tu kalau student bawa keta dah kira canggih dah tu. .

sampai je dekat pagar pintu gerbang tu tiba2 driver aku tu bawa slow sebab ada bonggol kecik dekat pagar tu. .aku dah mula merah muka dah sebab kira kanan kereta dipenuhi gadis2 yang nak tunggu bas takut kalau dorang mengintai2. .yela dah duduk bertindih macam tu. .keta kawan aku tu guna gear manual, tak tahu macamna boleh keta tu mati enjin pula  . .aku dah tak boleh buat apa2 dah dah lah kena sindiran yang nak perli bonggol kecik pun tak lepas . .apa aku cuma mampu hehe jer masa tu. .

kiri kanan aku tengok dorang masing-masing membongkokkan badan mereka nak tengok aku . .hahaha. . aku cuma dapat bayangkan je lau kereta member aku tu ada tinted gelap supaya dorang tak nampak. . .tapi. . . . . .hmmmm nasib beberapa hari lepas tu aku tamat sekolah. . .jadi kemaluan aku berkurang sikit lah. . . jadi kami pun berlalu macam besa sampai pekan beli makanan pas tu balik sekolah study group dengan tido kat atas meja. . .hahaha. . .

hantaman
aku malas lukis

kat mana2 aku pergi benda tu tak lari dari aku. . .ni pula masa tinggal kat asrama  sekolah kemahiran. . nak masuk u tapi result tak layak rugi jer pengorbanan aku nek kereta wira tu. . .

nak dijadikan cerita dalam setiap bilik tu tinggal 4 orang memang selesa la juga tak macam asrama sekolah biasa. . bilik kami aras 1 jadi tak lah tinngi sangat kalau nak bunuh diri tapi boleh lah setakat patah leher kalau terjun dahulukan kepala. .setiap bilik dibekalkan kunci dan biasanya kunci tu aku dan  seorang lagi member aku dalam bilik tu yang merupakan orang yang agak tua antara kami. . .umur ja dah tua tapi perangai macam budak2. .

setiap pagi kami akan berbaris macam askar sebelum masuk ke bengkel lebih kurang dalam jam 6.50am begitu la. .tapi memandangkan room mate aku tu semua susah nak bangun awal termasuk aku sekali setiap pagi kami akan kelam kabut nak persiapkan diri. .dah nak ke bilir air pun ramai orang bukan room mate aku ja yang susah nak bangun pagi tapi macam 1asrama dah.  .

dalam kelam kabut tu la sibuk nak cari kasut stokin, pinjam meminjam perfume berebut nak guna cermin maklum lah cermin besar 1 je dalam bilik tu. kalau aku cermin bahagian penting je cukup,kalau napak kepala je kat cermin yang depan bongkok sikit kalau tak konfom kena terajang dari belakang. . ganasnye?? hehe tak la sampa macam tu tegur cikit2 je. .’woi ingat cermin bapak kau ka, tunduk la skit!!’. .haha

bila semua dah siap kami keluar lah pergi ikut baris seperti pelajar yang lain. .’'kurkl’ pintu dikunci. .bila dah kunci baru tanya  ‘eh,lan ko ada pegang kunci?’.. tanya ku kepada kawan ku. .kawan ku senyum2 je tanda kunci tu tertinggal kat dalam bilik yang dah terkunci. .2 orang lagi kawan ku ikut senyum. .jadi sekarang dah 3 orang senyum sambil pandang kat aku. .ni bukan kali pertama dan juga bukan kali terakhir yang berlaku dalam hidup aku nanti habis kelas memang aku yang kena jadi spiderman panjat ikut belakang bilik tu. .

nasib baik aras 1 je bilik aku. .bukan salah aku pun aku juga kena panjat. . nak harap kan member2 masing buat alasan. .member aku yang pertama sebab badan dia macam galah dah takut tak lepas kalau nak masuk ikut cermin tu. .yang kedua tak cukup inchi la pula tapi tak lah pendek sangat. yang ketiga pula alasan perut buncit. .kalau semua dah bagi alasan, aku nak bagi alasan pa pula???

tapi kali ni aku mogok taknak panjat ikut belakang cermin aku bagi alasan sakit perut. .3 orang member aku tu mampu lihat je.  haha baru korang tau kunci pintu tak cek anak kunci. .selesai ketandas aku kembali kepada kawanku tengok ada seorang kos mate ku yang baik hati tolong panjatkan untuk kami. .serba salah pula member aku tu memang suka tolong orang.

.masa member aku tengah panjat blok tu aku terfikir 1 idea nak mengjahanamkan sesiapa yang buat kunci tu tertinggal kat dalam hehehe senyum jahat ku dalam hati. .jadi kami pun berbincang. .semua setuju. .puas hati aku. . .’klark’ pintu berjaya dibuka tanpa ucapan tq kami meluru masuk semata2 nak tahu kedudukan anak kunci bilik kami. .tapi malang tidak berbau kunci tersebut ada di atas meja ku. . .aku hhehehe je. . .dan dorang. . . .’

kartun1
sebagai gambar hiasan
 
tapi pukul men2 je. .
minuman kegemukan
amek kat google

terfikir juga aku nak beli ubat untuk gemukkan badan. .tapi atas nasihat makcik2 aku aku pun tercencel nak beli ubat tu . .’gemuk dengan makan uabat tu memang senang tapi bila dah berisi nak beli ubat kurus pula’ katanya. .proses metabolisme aku ne memang tinggi sampai mak aku pun dengki dan hairan sebab aku makan banyak tapi badan tak naik2. .’bestnya ko roy’ kata mak aku yang selalu aku dengar yang makin hari makin simple yang dulunya ‘wah ko makan banyak tapi gemuk pun tidak punya la best’ keluh mak aku pada mulanya. .

memang aku tak suka bila fikir benda2 negative pasal badan aku ne. . tapi bila aku cuba berfikir positif banyak kebaikan. . okeh aku bebas makan apa sahaja yang kau suka tanpa fikir kolestrol yang banyak. . hahaha tak macam orang lain terutamanya perempuan nak makan sedap2 pun terpaksa nak kontrol. . hahah aku bebas makan tanpa had ikut kemampuan perut ku. .

Hardees_MemphisBBQ1
beger

coco
kek coklet

chocolate-chocolates
beraneka cokelat

kek cokolat
kek lapis cokelat

ada lagi kepsi imagin sendiri malas nak cari pic. .
 

Kaitan jenama terkenal dengan blog tak terkenal

apa yang aku baca aku buat dalam entri ni dengan rasa malas. . . supaya aku tak lupa. . .sebab aku jenis yang pelupa. . aku pun nak juga blog aku ada info2 berguna. . .ngeee
***************

1. Bagaimana nak kembangkan cara penulisan entri?
>> write, write, write. . . semakin banyak menulis semakin banyak yang kita dapat. .
230FQ13D5


2. Dimana nak cari idea untuk untuk tulis entri??
>> kongsi pa yang kita rasa (feel).
>>cerita pengalaman.
>> tulis tentang apa yang kita rasa penting.
>> buat entri dengan gaya penulisan yang berbeza-beza (membantu mencari gaya penulisan tersendiri)
>>jangan copy paste. .
think-different-apple


3. Kenapa malas update entri??
>> line tak kuat.
>>takda idea.
>>takda internet.
>>banyak alasan.
adidas3


4. Siapa?? siapa yang patut baca entri ni?
>> diri sendiri sebagai peringatan.
>> pembaca entri.
>> folower.
Nokia-Logo


5. Apa yang penting dalam membina sebuah blog?
>> kepercayaan diri
sony-make-believe


6. Bila dah baca entri ni, nak buat pa??
>> komen banyak2 kat bawah. sebab. . . . .
because-youre-worth-it-logo-white-on-black_Small

p/s: buah cempedak diluar pagar,
ambik galah tolong jolokkan,
aku budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.
 

Mood Internet

Time Internet (no conection). . . . .

 

perkara biasa. . .main dota

 

Bila Internet sederhana laju. . . . .

 

perkara tak biasa

internet lambat

 

internet lambat 2

 

internet lambat 4

 

internat lambat 3

 

 

Bila Internet laju. . . . . .

perkara luar biasa . .

internet laju

 

Bila design blog. .

aku give up la pasal design2 blog ni. . .bila tengok blog orang cantik dengki pun ada. .kalau nak ikut tutorial edit tamplate kat google tu memang la banayak. .tapi hampir semua boleh dikatakan semua mesti masuk ‘edit html’
royboroy

bab2 html ne memang aku paling pening senang lagi belajar add math aku rasa. . .tambah lagi dengan internet yang macam siput lagi la. . .dah penat tunggu loading lama2 tiba2 This webpage not available . ..

boroyroy
this webpage is not available

jadi aku fikir jalan lain untuk edit tamplate blog otak kering aku ni dengan software yang aku jupa kat google dari sapa aku pun lupa nama software tu artisteer. . .

artisteer
screenshot artisteer

boleh design secara offline. . .hasil yang aku dapat dari software ni memang memuaskan hati. . .tapi yang aku tak puas hati bila dah upload tamplate tu tak sesuai dengan kelebaran entri aku terutama gambar2 dalam entri aku. .nak edit kena buat semula dari awal. . .

boroyroy
nak x nak je gambar tu masuk dalam kotak entri aku

jadi aku pun dah malas design2 aku guna je tamplate lama. . . pun masih juga buat masalah taktau la masalah line ke memang blog ni yang salah nak salah kan aku yang salah memang tak patutlah. . .sebab aku dah buat sepenuh hati berdasarkan kemampuan dan pengetahuan yang aku ada.

boroy

masa edit kat blogger tu sempurna je aku tengok tamplate blog aku. . .
tapi bila dah save review balik lain pula yang keluar . . .saja nak permainkan perasaan aku. . .

boroy23

gambar member2 kat google + macam nak xnak je masuk dalam kotak yang aku buat xkan nak buat dua kotak untuk google. . .lantakla . .yang penting bahagian entri tu ada tempat aku conteng2.. . .. tunggu line kuat baru edit balik. . .aku dah pening dah nie . . . .
ada x cara edit blog paling senang tanpa edit HTML???
penting sangat ke tamplate blog???
 

Susah nak cakap. .

gua rasa macam tak sedap badan la malam ni . . selalu bila dah time macam ni rokok la yang ja pengubat . tapi kali ni rokok dah lali dah rasa. . nak tido pun asyik ingat 'dia' . . aku dah tak boleh tahan dah dengan keadaan yang macam ni.  .arrrrggghhh.

kenapa lah aku boleh terjumpa 'dia' tengah pagi buta macam ni. . sedap gila bila dapat main boleh gulung2 sampai puas. . . hati gua cukup dah tak tenang sampai terlepas kat jari jemari gua untuk taip entri nie. . 

gua cuba bertahan. . .. . .

*
*
*
*
*
*
*
*
taip entri pun dah tak tentu. . .gua naok gila bila ingat balik. . semangat gua betul2 bersemangat gila tahap dewa. . dewa pun tak mampu menandingi semangat gua . .aduh. . .
kenapalah 'dia' wujud di dunia ni. . . aku. . . 

gua

saya

dah tak tahan. . .dengar lagu 'dia' ni . .



hahaha. . rasa macam nak praktis sekarang juga lagu ni  . . kalau dapat main lagu ni boleh gulung2 lead dia tu sampai puas. . .
hebat. . .
 namun apakan daya. . .

ini ja yang aku ada. . .


hmmmmmmm. . . . . . . . . .  ..  . . . . . .
gua dah tulis entri pun lintang pukang nak main gitar yang macam ribut entah pa jadi. .
harap2 masuk dalam mimpi bangun2 terus pandai main biarpun gitar akustik. . .


p/s: gua cuba untuk tido dulu. . .
 

alaaa. . .kite pun pandai lukis. .

setelah beberapa minit menceburi dalam seni lukisan. .
*******
****
aku sediakan beberapa alat
DSC_0161
ini je yang ada
seperti orang lain aku juga ada. . .

photoscape
ini photoscape
 
dan hasilnya diluarjangkaan ku. . .
seperti lukisan 3D !!!!!!

****
********

lukisan kuda
lukisan kuda

lukisan ayam
lukisan ayam


lukisan kucing
lukisan kucing 

lukisan anak beruang panjat pokok
lukisan beruang panjat pokok

orang lidi
lukisan orang lidi


lepas nie aku cuba untuk tekad. . .
untuk tidak melukis lagi. . . .


jangan buang sampah merata2
lukisan abstrak
lepas tu aku ada jumpa yang nie. . .best juga xpandai lukis pun boleh pandai. .
terubat luka d hati . .
 

ni semua line punya pasal la!!

Penantian gua dah tinggal dua bulan lagi. .yeah!..tapi borang yang gua apply belum lagi ada jawapannya. . Lama stay kat kampung menganggur macam dh nak pecah kepala gua macam2 terfikir..
Benda yang paling gua rasa bikin kepala gua nak pecah line internet kat kampung. .gua guna smartphone untuk bb gua tapi line kat kampung ni time gua tido malam baru dia datang. .nak membuta sampai pagi nanti siang jadi kelawar pula tido dalam gua.. Bila dah lambat bangun mula la mak nak berceramah. .
royboroy
aku yang lukis

Dah hari-hari dengar ceramah dari mak terhafal pula ayat2 mak. .kalau hari isnin mak bagi ceramah bila bangun pagi hari selasa, terasa macam hari isnin je bila dengar ceramah mak. . sama je. .begitu lah hari seterusnya. .

Tapi aku tak kisah pasal tu. .aku faham juga. .lagi pun bangun lewat sampai tengahari orang cakap rezeki susah nak masuk. .Mungkin nanti bila aku dah ada anak nanti aku pun buat benda yang sama macam mak aku buat tiap2 pagi. .

Ni semua line celcom punya pasal la ni. . Susah nak dapat. .dah macam teknik tradisional dah gua cuba nak dapatkan line yang stabil tapi hasil yang gua dapat sama je. . 2 pun tips gua ambik dari google. .
Ada yang guna kuali la, guna gelas la. .periuk la buat macam pemancar astro la konon. .yang paling pelik aku jumpa ada yang guna sudu. . Wah. .antena sudu. .kah kah kah. . Tapi yang 2 aku tak pernah cuba. .memang tak masuk akal. .
kuali
ada begini punya hal ar??

 
sudu
ni yang pelik

Yang paling berkesan untuk dapatkan line memang ada tapi kos dia? Hmmm. .lebih kurang je harga smartphone aku. .xperia sola. .
3g repeater
mahal woo!!!

Kalau la celcom pacakkan sebatang tower dorang kat depan rumah. . . . . . . .fuh. . . . . Konfom mak dah berhenti bagi ceramah. .sebab aku dah bangun pagi maklum la tak perlu membuta lagi kena puji je setiap hari hidung pun kembang2 senang gak nak hirup udara segar. .kepala yang nak pecah pun becantum balik. .
Boleh la tengok porn movie free tak payah susah2 nak pinjam dengan kazen. .. .
 

Buat entri dengan teknik pelik

Tengah baring2 cari idea nak update blog, tiba2 terjumpa artikel berkaitan tentang cara menulis blog. .agak menarik juga teknik ni. . .teknik ni dinamakan “jurus 3 sudut”. . .boleh tahan juga nama teknik ni. .
Teknik ni simple dan sangat sesuai bagi blogger tegar yang cepat kehabisan idea macam saya. .
Teknik ‘jurus 3 sudut ni macam ni. .
  • Pertama
Fikirkan apa2 benda yang anda nampak di sekeliling anda.
  • Kedua
Buat 3 perenggan berdasarkan 3 sudut pandangan yang berbeza. Maknanya 1 perenggan, 1 sudut pandangan.
 
clip_image001
  • ketiga
Huraikan dengan kreativiti sendiri . .
siap 1 entri. .







 

Bila kehabisan idea


Berbekalkan segelas coffee mix
DSC_0159[1]
Dan juga beberapa batang rokok Era,
DSC_0160[1]
Terasa macam nak update blog.
fikir_2[1] 42-18982429   no idea[1]
Duduk tak senang fikir pa nak tulis. Rokok dah habis sebatang, coffee mix tadi pun tnggal setengah hujan pun dah berhenti ayam-ayam mula jerit2 minta makan malam sebelum masuk kandang.
Ahh!!! Layan dota lah . .






 

Salah buat blog

Okey entri pertama. . betul la cakap orang kalau tulis entri untuk kali pertama memang macam budak tadika yang baru register masuk tadika blur kepala hotak. .pa nak taip pun tak tau. .

Ingat lagi masa mula2 semangat nak buat blog bukan main lagi. .konon2 buat blog pasal review teknologi. . ne pun sebab terbaca niche pasal teknologi ne mahal untuk adsense. .tapi baru satu entri cerita pasal smartphone xperia sola, dah give up. .baru sebiji gadjet. .belum masuk Samsung, HTC, nokia bla . .bla . .

Belum apa2 lagi dah macam tentera balik dari perang. . lepas tu tukar cerita blog pasal adsense. . lagilah ‘hangkang’ baru buat pengenalan pasal adsense dah rasa macam buat assignment. . ( masa tu belum kenal nuffnang lagi) untuk kali keduanya rasa macam balik dari perang. (macam la pernah rasa)

Semangat berblog tu memang la ada tapi idea tu yang kurang sikit . . dalam masa lebih kurang 4-5 bulan kalau tak silap test bagunkan blog untuk 2 topik diaatas ( secara bergilir) tapi yang banyak masa terluang tu lebih kepada design blog la. . jadi kiranya tak sia2 la masa tu biar blog tak jadi. .sekurang2nya tau juga camna nak buat menu bar,buat header, masukkan pic, video dalam entri. .( punya noob. . haha) dan lain2 lagi dengan bantuan blogger2 yang banyak buat tutorial pasal blog. .

Bila difikirkan semula memang cepat penat kalau buat benda yang bukan minat kita. .hasil searching dari google, jumpa la blogger2 yang kreatif dalam buat entri dorang. .bila baca entri dorang ni, slumber je entri dorang. .menulis dengan rasa ghairah. .kalau dibandingkan dengan entri yang nih, memang macam karangan budak tadika dengan budak stpm la kn. . tapi takpa. .ni dalam proses melatih diri untuk buat entri sendiri dan lebih baik dari copy paste kn. .

Di situ la bermulanya kegatalan tangan untuk buat entri ni biarpun tak seberapa tapi okelah tak macam budak tadika. .tu la masa sekolah dulu malas buat karangan BM. .sekarang barulah tau cara berblog yang sebenar. .buat tentang yang kita minat je. .kan senang. .

Entahlah berfikir pula nak post ke tak entri ni. . .hahahahaha

 

Privacy Policy

Privacy Policy for boroy89.blogspot.com