| sekadar gambar hiasan |
ada satu ketika dahulu masa berstatus budak sekolah lagi ada member bawa kereta. .kereta besa ja wira. . biasanya wira boleh muat sampai 5 orang kalau nak lebih terpaksa seorang member tu terpaksa dikorbankan . .lain bunyi haha. . bukan apa berkorban untuk duduk bertindih dalam kereta biasanya yang berbadan besar lah yang selalu kena jeling2. .yang duduk kat atas pula biasanya yang ringan berbadan kecik la. .ni yang aku malas sebab aku pula yang kena jeling antara kami aku je yang macam budak2 punya size. . .size body okeh . .
tapi tu aku tak kisah sangat sebab dah biasa dah biarpun terpaksa terima layanan macam budak2. . .dah puas dorang ketawakan aku kami pun bergerak ke pekan kononnya nak beli makanan yela time tu musim peperiksaan lepas habis peper sebelah pagi kami tak balik rumah nak study group la konon dengan member2. .
waktu tu tengah hari banyak la student2 yang tunggu bas kat pintu gerbang sekolah dan juga tempat kami akan lalu. .memang banyak awek. . tapi aku berharap sangat driver aku tu bawa laju skit bila lalu kat kawasan tu. . .jatuh la standard lau duduk bertindih dalam keta. . .masa tu kalau student bawa keta dah kira canggih dah tu. .
sampai je dekat pagar pintu gerbang tu tiba2 driver aku tu bawa slow sebab ada bonggol kecik dekat pagar tu. .aku dah mula merah muka dah sebab kira kanan kereta dipenuhi gadis2 yang nak tunggu bas takut kalau dorang mengintai2. .yela dah duduk bertindih macam tu. .keta kawan aku tu guna gear manual, tak tahu macamna boleh keta tu mati enjin pula . .aku dah tak boleh buat apa2 dah dah lah kena sindiran yang nak perli bonggol kecik pun tak lepas . .apa aku cuma mampu hehe jer masa tu. .
kiri kanan aku tengok dorang masing-masing membongkokkan badan mereka nak tengok aku . .hahaha. . aku cuma dapat bayangkan je lau kereta member aku tu ada tinted gelap supaya dorang tak nampak. . .tapi. . . . . .hmmmm nasib beberapa hari lepas tu aku tamat sekolah. . .jadi kemaluan aku berkurang sikit lah. . . jadi kami pun berlalu macam besa sampai pekan beli makanan pas tu balik sekolah study group dengan tido kat atas meja. . .hahaha. . .
| aku malas lukis |
kat mana2 aku pergi benda tu tak lari dari aku. . .ni pula masa tinggal kat asrama sekolah kemahiran. . nak masuk u tapi result tak layak rugi jer pengorbanan aku nek kereta wira tu. . .
nak dijadikan cerita dalam setiap bilik tu tinggal 4 orang memang selesa la juga tak macam asrama sekolah biasa. . bilik kami aras 1 jadi tak lah tinngi sangat kalau nak bunuh diri tapi boleh lah setakat patah leher kalau terjun dahulukan kepala. .setiap bilik dibekalkan kunci dan biasanya kunci tu aku dan seorang lagi member aku dalam bilik tu yang merupakan orang yang agak tua antara kami. . .umur ja dah tua tapi perangai macam budak2. .
setiap pagi kami akan berbaris macam askar sebelum masuk ke bengkel lebih kurang dalam jam 6.50am begitu la. .tapi memandangkan room mate aku tu semua susah nak bangun awal termasuk aku sekali setiap pagi kami akan kelam kabut nak persiapkan diri. .dah nak ke bilir air pun ramai orang bukan room mate aku ja yang susah nak bangun pagi tapi macam 1asrama dah. .
dalam kelam kabut tu la sibuk nak cari kasut stokin, pinjam meminjam perfume berebut nak guna cermin maklum lah cermin besar 1 je dalam bilik tu. kalau aku cermin bahagian penting je cukup,kalau napak kepala je kat cermin yang depan bongkok sikit kalau tak konfom kena terajang dari belakang. . ganasnye?? hehe tak la sampa macam tu tegur cikit2 je. .’woi ingat cermin bapak kau ka, tunduk la skit!!’. .haha
bila semua dah siap kami keluar lah pergi ikut baris seperti pelajar yang lain. .’'kurkl’ pintu dikunci. .bila dah kunci baru tanya ‘eh,lan ko ada pegang kunci?’.. tanya ku kepada kawan ku. .kawan ku senyum2 je tanda kunci tu tertinggal kat dalam bilik yang dah terkunci. .2 orang lagi kawan ku ikut senyum. .jadi sekarang dah 3 orang senyum sambil pandang kat aku. .ni bukan kali pertama dan juga bukan kali terakhir yang berlaku dalam hidup aku nanti habis kelas memang aku yang kena jadi spiderman panjat ikut belakang bilik tu. .
nasib baik aras 1 je bilik aku. .bukan salah aku pun aku juga kena panjat. . nak harap kan member2 masing buat alasan. .member aku yang pertama sebab badan dia macam galah dah takut tak lepas kalau nak masuk ikut cermin tu. .yang kedua tak cukup inchi la pula tapi tak lah pendek sangat. yang ketiga pula alasan perut buncit. .kalau semua dah bagi alasan, aku nak bagi alasan pa pula???
tapi kali ni aku mogok taknak panjat ikut belakang cermin aku bagi alasan sakit perut. .3 orang member aku tu mampu lihat je. haha baru korang tau kunci pintu tak cek anak kunci. .selesai ketandas aku kembali kepada kawanku tengok ada seorang kos mate ku yang baik hati tolong panjatkan untuk kami. .serba salah pula member aku tu memang suka tolong orang.
.masa member aku tengah panjat blok tu aku terfikir 1 idea nak mengjahanamkan sesiapa yang buat kunci tu tertinggal kat dalam hehehe senyum jahat ku dalam hati. .jadi kami pun berbincang. .semua setuju. .puas hati aku. . .’klark’ pintu berjaya dibuka tanpa ucapan tq kami meluru masuk semata2 nak tahu kedudukan anak kunci bilik kami. .tapi malang tidak berbau kunci tersebut ada di atas meja ku. . .aku hhehehe je. . .dan dorang. . . .’
| sebagai gambar hiasan |
tapi pukul men2 je. .
| amek kat google |
terfikir juga aku nak beli ubat untuk gemukkan badan. .tapi atas nasihat makcik2 aku aku pun tercencel nak beli ubat tu . .’gemuk dengan makan uabat tu memang senang tapi bila dah berisi nak beli ubat kurus pula’ katanya. .proses metabolisme aku ne memang tinggi sampai mak aku pun dengki dan hairan sebab aku makan banyak tapi badan tak naik2. .’bestnya ko roy’ kata mak aku yang selalu aku dengar yang makin hari makin simple yang dulunya ‘wah ko makan banyak tapi gemuk pun tidak punya la best’ keluh mak aku pada mulanya. .
memang aku tak suka bila fikir benda2 negative pasal badan aku ne. . tapi bila aku cuba berfikir positif banyak kebaikan. . okeh aku bebas makan apa sahaja yang kau suka tanpa fikir kolestrol yang banyak. . hahaha tak macam orang lain terutamanya perempuan nak makan sedap2 pun terpaksa nak kontrol. . hahah aku bebas makan tanpa had ikut kemampuan perut ku. .
| beger |
| kek coklet |
| beraneka cokelat |
| kek lapis cokelat ada lagi kepsi imagin sendiri malas nak cari pic. . |
0 ulasan:
Catat Ulasan